Selasa, 27 September 2011

50 keistimewaan wanita


''sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita.
ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita.
betapa bertuahnya menjadi seorang wanita.
bersyukurlah kerana menjadi seorang wanita.''

  1. Doa seorang wanita lebih makbul daripada lelaki kerana wanita lebih penyayang dari lelaki.sabda rasulullah:''IBU LEBIH PENYAYANG DARIPADA BAPA DAN DOA ORANG2 YANG PENYAYANG TIDAK AKAN SIA-SIA.''
  2. Wanita solehah lebih baik daripada seribu lelaki yang tidak soleh.
  3. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali.
  4. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.
  5. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya,maka darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH SWT dan orang yang takutkan ALLAH SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
  6. Sesiapa yang membawa makanan untuk keluarganya,maka pahalanya sama seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuannya daripada anak lelakinya.Maka sesiapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi ISMAIL a.s.
  7. Haidh seorang wanita menjadi penebus dosanya yang lalu.Jika pada hari pertama haidhnya dia membaca''alhamdulillahi'alaa kulli halin wa astaghfirullah(segala puji bagi ALLAH SWT dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada ALLAH SWT dari segala dosa)'',maka ALLAH SWT akan membebaskannya dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim dengan aman dari seksa.Bahkan ALLAH SWT akan mengangkat darjatnya sama seperti darjat 40 orang syuhada' apabila dia selalu berzikir kepada ALLAH SWT selama haidhnya.
  8. Sabda Rasulullah SAW :''wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku di dalam syurga.''
  9. Sesiapa yang bersikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau saudara perempuannya dengan penuh rasa taqwa dan tanggungjawab maka baginya adalah syurga.
  10. Daripada Aisyah r.a:''Sesiapa yang di uji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya,lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka.''
  11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  12. Apabila dua orang ibubapa mu memanggilmu,maka jawablah panggilan ibu dahulu.
  13. Seorang wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu2 neraka dan terbuka pintu2 syurga untuknya selagi dia mentaati suaminya.Masuklah dia dari mana2 pintu yang dia kehendaki tanpa di hisab.
  14. Seorang wanita yang mentaati suaminya(serta menjaga solatnya dan puasanya) semua ikan di laut,burung di udara,malaikat di langit,matahari dan bulan akan beristighfar untuknya selama dia mentaati suaminya dan meredhainya.
  15. Aisyah r.a berkata,''Aku bertanya kepada Rasulullah SAW (SIAPAKAH LEBIH BESAR HAKNYA TERHADAP SEORANG WANITA?''jawab baginda,""SUAMINYA''.Siapa pula yang berhak terhadap seorang lelaki ?"jawab Rasulullah SAW "IBUNYA.''
  16. Apabila seorang wanita mengerjakan solat 5 waktu,berpuasa di bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta mentaati suaminya,maka pasti dia akan masuk syurga dari mana2 pintu yang dia kehendaki.
  17. ALLAH SWT akan memasukkan setiap wanita yang membantu suaminya di dalam urusan agama ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya.
  18. Apabila seorang wanita hamil,maka beristighfarlah para malaikat untuknya.ALLAH SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kajahatan.
  19. 2 rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil.
  20. Wanita hamil akna mendapat pahala puasa di siang hari.
  21. wanita yang hamil akan mendapat pahala ibadat di malam hari.
  22. Apabila seorang wanita mulai sakit untuk bersalin,maka ALLAH SWT akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan ALLAH SWT.
  23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya akan di kurniakan oleh ALLAH SWT satu pahala haji.
  24. Apabila seorang wanita melahirkan anak,keluarlah dia daripada dosa2 seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  25. Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira mati syahid.
  26. seorang wanita yang menyusukan anaknya dengan susunya sendiri akan mendapat satu pahala dari setiap titis susu yang diberinya.
  27. Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh (2 1/2 tahun),maka malaikat2 di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya.
  28. Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis,maka ALLAH SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.
  29. Seorang wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba dan dosa2nya akan di ampunkan oleh ALLAH SWT.
  30. Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya,maka ALLAH SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.
  31. Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya,maka ALLAH SWT akan mencatatkan 1,000 kebaikan dan mengampunkan 2,000 kesalahannya.Bahkan segala sesuatu yang di sinari matahari akan meminta keampunan baginya dan ALLAH SWT akan mengangkatkan 1,000 darjat untuknya.
  32. Seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu,maka ditutup baginya 7 pintu neraka dan dibuka baginya 8 pintu syurga yang akan dimasukinya dari mana2 pintu tanpa dihisab.
  33. Seorang wanita yang menunggu suaminya pulang ke rumah,dibersihkan mukanya,dihamparkan alas duduknya,disediakan makan minum suaminya,direnung dan di pegang tangan suaminya dengan penuh kasih sayang,di perelokkan hidangannya,dipelihara anak2nya dan di manfaat hartanya untuk sisuami demi mencari keredhaan ALLAH SWT ,maka disunat untuknya setiap ucapannya,langkah dan pada suaminya seperti memerdekakan seorang hamba.Pada hari Qiamat nanti,ALLAH SWT akan mengurniakan NUR sehingga tercengang semua wanita atas kurniaan rahmat itu.Tiada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi2.
  34. Tidak putus ganjaran dari ALLAH SWT kepada seorang wanita yang siang dan malamnya mengembirakan suaminya.
  35. seorang wanita yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang dan seorang lelaki yang melihat isterinya dengan penuh kasih sayang akan dipandang ALLAH SWT dengan penuh rahmat.
  36. Seorang wanita yang melayan suaminya tanpa khianat akan mandapat pahala 12 tahun solat.
  37. Seorang wanita yang melayan suaminya yang pulang ke rumah dalam keadaan letih dengan baik akan mendapat pahala jihad.
  38. Seorang wanita yang memicit suaminya tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan seorang wanita yang memicit suaminya apabila disuruh akan mendapat 7 tola perak.
  39. Dari Hazrat Musa:Mana2 wanita yang berdiri di atas dua kakinya dan menyediakan makanan untuk suaminya sehingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka akan diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
  40. Thabit Al Banani berkata:Seorang wanita bani israel yang buta sebelah matanya sangat baik terhadap suaminya.dia pelita ketika ia menghidangkan makanan di hadapan suaminya.Dipegang pelita sehingga suaminya selesai makan.Pada satu malam pelitanya kehabisan sumbu.Maka dia menjadikan rambutnya sebagai sumbu pelita.Pada keesokan harinya,matanya yang buta telah celik.ALLAH SWT mengurniakan kemuliaan kepadanya itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya.
  41. Pada suatu ketika di Madinah,Rasulullah SAW keluar mengiringi jenazah,Baginda mendapati ada beberapa orang wanita di dalam majlis itu.Baginda lalu bertanya,''Adakah kamu menyembahyangkan mayat?''Jawab mereka,''Tidak.''lalu baginda bersabda,''seeloknya kamu sekalian tidak perlu menziarahi jenazah kerana tidak ada pahala bagimu.Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat2 orang lelaki.
  42. Seorang wanita yang memerah susu ternakan dengan membaca ''BISMILLAH'' akan didoakan binatang itu dengan doa keberkatan.
  43. Seorang wanita yang menguli tepung dengan membaca ''BISMILLAH'',maka rezekinya akan di berkati oleh ALLAH SWT.
  44. Seorang wanita yang menyapu lantai dengan berzikir kepada ALLAH SWT akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di BAITULLAH.
  45. Sabda Rasulullah SAW:''Wahai Fatimah,untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti,ALLAH SWT akan membinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka.Jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.
  46. Sabda Rasulullah SAW :''Wahai Fatimah,setiap wanita yang memintal benang akan dicatatkan oleh ALLAH SWT perbuatan baik untuknya sebanyak utas benang yang di pintalnya dan memadamkan 100 perbuatan jahatnya.''
  47. Sabda Rasulullah SAW :Wahai Fatimah,setiap wanita yang menganyam benang yang di pintalnya akan ditentukan oleh ALLAH SWT satu tempat untuknya di atas takhta di akhirat.''
  48. Sabda Rasulullah SAW :"Wahai Fatimah,setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatkannya,mencuci pakaian mereka dan memandikan mereka,akan dicatatkan oleh ALLAH SWT untuknya pekerjaan yang baik sebanyak helaian rambut mereka dan memadam sebanyak itu pula pekerjaan jahat mereka dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang2 yang memerhatikannya.''
  49. Sabda Rasulullah SAW:"Wahai Fatimah,setiap wanita yang meminyakkan rambut dan janggut suaminya,memotong misai dan mengerat kukunya,akan diberi minum oleh ALLAH SWT dari sungai2 di syurga serta diringankan sakaratul maut untuknya oleh ALLAH SWT .Dia akan mendapati kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman2 syurga dan di catatkan oleh ALLAH SWT baginya pelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas titian shirat.'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

aii shite ru

sarara taicit HA NI CHOO
ku da mi kyo ai seyo

aii shite ru

cinta ibarat kopi panas,
ia diminum sedikit demi sedikit,
kerna jika ia dihabiskan dalam sekelip mata,
kelazatan kopi itu akan cepat berakhir,
begitu jua cinta,
ketika kehangatan cinta,
kita mahu dia ada,

sesuke aku ler

u (1)

permata yang di cari

luahan hati

mohon maaf kepada semua,
jika ada terkasar bahasa,
terguris di hati,
terkata yang menusuk jiwa,
dan segala yang dipaparkan diruangan ini........

segala yang terkandung di dalam ini
adalah sekadar luahan hati saya
dan untuk mencari ketenangan di jiwa.
jika ada yang terasa dengan penulisan ini
mohon maaf dari hujung rambut hingga
hujung jari kaki

aiii shite ru

saya cintakan awak

kengkawan