Isnin, 21 November 2011

8 tanda keikhlasan apabila bercinta

assalammualaikum.....
Bila bercerita bab cinta, remajalah yang paling akan menaruh minat. Masa remajalah, bunga-bunga cinta ini segar dan mekar. Masa remajalah, dunia percintaan itu terasakan amat indah.

Namun, persoalannya; ikhlaskah percintaan sesama remaja ini? Bagaimana di usia lainnya? Bagaimana nak tahu akan erti keikhlasan pasangan kita semasa bercinta? Berikut saya kongsikan kepada mereka yang bercinta untuk mengetahui serba sedikit tentang tanda keikhlasan semasa bercinta.

8 Tanda Keikhlasan Apabila Bercinta

1. Bersahaja
Dia tidak akan berpura-pura menjadi orang lain atau berlakon baik semata-mata mahu menambat hati kamu. Sebaliknya si dia akan kelihatan tenang dan bersahaja setiap kali berdepan dengan kamu.

2. Gembira Bersama
Tiada paksaan atau lakonan di wajahnya. Ekspresi gembira jelas terpancar di wajahnya ketika kalian bertemu atau menghabiskan masa bersama.

3. Terima Kamu Seadanya
Dia menerima kelebihan dan kelemahan diri kamu seadanya. Dia tidak memaksa kamu menjadi orang lain bagi memenuhi ciri-ciri pasangan idamannya.

4. Jujur
Baik dari segi percakapan mahupun perlakuan, dia ikhlas dan berterus-terang dengan kamu. Kaki penipu biasanya bijak mengatur ayat manis tapi orang yang jujur akan menggunakan bahasa yang biasa.

5. Hormat
Di awal perkenalan sehingga kamu bersama sebagai kekasih, dia menghormati kamu dan tidak sesekali dia cuba mengambil kesempatan atau mengasari kamu dengan perbuatan atau percakapannya.

6. Bertemu Dengan Keluarga
Jika dia memang ikhlas, dia tidak akan keberatan untuk berkenalan dengan keluarga kamu dan dia juga akan membawa kamu bertemu dengan keluarganya.

7. Tidak Menyembunyikan Kawan
Orang yang ikhlas mencintai kamu akan bersikap terbuka dan tidak akan menyembunyikan kawan-kawannya daripada kamu.

8. Mengambil Berat
Walau sesibuk mana pun, dia akan menghubungi kamu untuk bertanyakan khabar. Kesungguhannya mengambil berat ini membuktikan yang dia amat menghargai kamu sebagai pasangannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

aii shite ru

sarara taicit HA NI CHOO
ku da mi kyo ai seyo

aii shite ru

cinta ibarat kopi panas,
ia diminum sedikit demi sedikit,
kerna jika ia dihabiskan dalam sekelip mata,
kelazatan kopi itu akan cepat berakhir,
begitu jua cinta,
ketika kehangatan cinta,
kita mahu dia ada,

sesuke aku ler

u (1)

permata yang di cari

luahan hati

mohon maaf kepada semua,
jika ada terkasar bahasa,
terguris di hati,
terkata yang menusuk jiwa,
dan segala yang dipaparkan diruangan ini........

segala yang terkandung di dalam ini
adalah sekadar luahan hati saya
dan untuk mencari ketenangan di jiwa.
jika ada yang terasa dengan penulisan ini
mohon maaf dari hujung rambut hingga
hujung jari kaki

aiii shite ru

saya cintakan awak

kengkawan